Monday 23 February 2009

KU LIHAT LAYU DALAM MELAYU


sesungguh nya tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku d jajah..
tidak ada yang lebih menyedihkan dari melihat bangsaku di hina..

aku lihat layu dalam melayu
aku pasti bukan aku sorang yang nampak
ada pula bercadang bertanya tuan punya tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti di kata tak bersyukur tak sedar diri jadi aku menyendiri memerhati dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri membiar bunga raya melayu kekanan dan biar bunga tak cantik mekar di kiri

aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya, kita siram kita baja tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa, 13 harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa..nenek moyang kaya raya jangan sekali kali di gadai harta bendanya
ku lihat layu dalam melayu..ku lihat layu dalam melayu

tak kan melayu hilang di dunia..ya! apa guna tak hilang di dunia jika kewujudan tidak di rasa??
petah berbahasa kudrat tak berjasa..orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila merapat selalu malu bila soalan di aju, selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
belum menyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam berborak
bukan kata tak ada otak! cuma tak berfikir di luar kotak..
ku lihat layu dalam melayu..ku lihat layu melayu...

aku jadi sayu..bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tapi tetap di ragu
aku merayu..bangun lah semula hidup kembali, jangan tunggu matahari mati
cepat la mekar sebelum terlerai..perjuangan kita belum selesai..perjuangan kita belum selesai..


PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI......